Wednesday, 15 April 2015

Halatuju Anda?







Inilah gambaran secara asas iaitu carta lanjutan pendidikan tinggi selepas anda menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Pilihan adalah terletak dalam tangan anda sendiri. Sebagai calon SPM yang seterusnya, adakah anda telah membuat pilihan? atau masih buntu dan ragu-ragu tentang apa yang anda inginkan dalam hidup? 


   Adakah anda akan memilih jalan yang singkat untuk memperoleh sijil-sijil tersebut ?

   Adakah anda akan memilih jalan yang agak lambat untuk sampai ke tahap yang

   paling atas ?


Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Buatlah pilihan yang tepat, yang terbaik untuk kehidupan anda di masa depan. Tiada yang betul mahupun yang salah. Hanya pertimbangan yang betul yang perlu dilakukan. Semua pilihan punyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Terpulang pada diri bagaimana untuk anda hadapi.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda fikirkan setelah anda bergelar pelajar lepas SPM. Jom sama2 kita nilai pilihan-pilihan tersebut.


  PILIHAN 1

Sekiranya anda inginkan jalan yang singkat, anda boleh memilih laluan Asasi/Matrikulasi. terus kepada Sarjana Muda.. Sarjana dan seterusnya..


  PILIHAN 2

Jika anda inginkan jalan yang sederhana cepat, bolehlah memilih untuk menggunakan laluan Diploma, Stpm.. Sarjana Muda dan Seterusnya..


  PILIHAN 3

Jika anda inginkan pilihan yang agak lambat anda boleh bermula dengan laluan di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan seterusnya...



Semua pilihan ini adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada keputusan peperiksaan yang anda perolehi, iaitu keputusan SPM anda..
 

Jadi, bermula dari sekarang, anda haruslah 'set the goal' dimana anda akan berada 5 tahun dari sekarang. Usahalah sebaik mungkin untuk mencapai keputusan yang baik di dalam SPM nanti. Hanya anda yang mampu merealisasikan apa yang anda impikan.


Doa kami, semoga anda terus berjaya mengejar impian anda!

  

Friday, 10 April 2015

Kerjaya-Kerjaya Terhangat Di Pasaran

 Hai...anda boleh melihat video kerjaya terhangat di pasaran. 
Manalah tahu jika ada salah satu kerjaya impian anda dalam senarai tersebut.

okay

selamat menonton



Tuesday, 31 March 2015

8 Langkah Mengejar Kerjaya Impian


Setiap orang punya kerjaya impian masing-masing bukan? 
Pernah tak anda semua berangan-angan tentang apakah kerjaya yang akan anda lakukan kelak? 
adakah anda sudah mula merancang masa depan anda?


Dalam dunia yang cukup mecabar pada masa kini, fikiran kita haruslah lebih kedepan dalam merancang tentang masa depan. Jika anda masih seorang pelajar, masih banyak lagi peluang dan masa yang anda boleh ambil untuk merancang kerjaya anda di masa depan, namun sekiranya anda seorang belia dewasa dan masih mencari kerjaya yang sesuai, peluang juga masih terbuka luas untuk anda memilih kerjaya yang benar-benar bertepatan dengan diri anda.
Jika anda tidak merancang masa depan dan kerjaya anda mulai sekarang, berkemungkinan di masa depan anda tidak akan tahu kemana hala tuju anda sebenarnya. Perancangan boleh dimulakan bermula ketika anda masih kecil, di sekolah rendah, sekolah menengah, seterusnya di peringkat universiti dan akhirnya memasuki dunia kerjaya impian anda.
Sebagai panduan, saya senaraikan 8 langkah yang boleh anda ikuti untuk anda mula mengejar kerjaya impian anda! Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita anda! 

Langkah 1 :
    PASANG CITA-CITA KERJAYA IMPIAN ANDA

Langkah 2 :
    MULA MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN KERJAYA PILIHAN

Langkah 3 :
    MEMILIH  BIDANG YANG DIINGINI SESUAI DENGAN MINAT 
&
  DI TEMPAT YANG TEPAT

Langkah 4 :
    CARI SUMBER PENAJAAN KEWANGAN SEPANJANG PENGAJIAN

Langkah 5 :
     BERGERAK AKTIF DALAM PROGRAM-PROGRAM KAMPUS

Langkah 6 :
MULA MENCIPTA HUBUNGAN DENGAN AGENSI TERPILIH MELALUI MEDIUM PRAKTIKUM

Langkah 7 :
     BIJAK MENCARI & MENCIPTA PELUANG KERJAYA

Langkah 8 :
     MENGEMBANGKAN NILAI KERJAYA DAN RASAILAH NILAI KEPUASAN  


jom pasang cita-cita dan kejar kerjaya impian anda bermula dari sekarang! :)





Sunday, 29 March 2015

Sedar atau Terus Tidur

Salam dan selamat sejahtera

wah!  today is monday. jangan bermalas-malas mulakan hari anda.
bangun la walaupun mulut korang sedang menguap sakan secute baby ni.


[ehsan dari google]

like this cute baby, dia memang tak sedar yang parents dia ada kat sebelah atau tak.
yang dia tahu "Mom, I just want to sleep".
TAPI
Korang yang baca entry ni lain. 
Korang sebenarnya sedar tentang kaunseling kerjaya dekat sekolah-sekolah anda
tapi kadang buat tak tahu, atau sengaja tak ambil tahu atau lebih dahsyat lagi
"Oitt...aku tak tahu pun sekolah aku ni ada khidmat kaunseling kerjaya"

kalau makhluk-makhluk sebegini wujud. 
mohon korang gi ambil senduk mak korang
kasi cepuk dia punya kepala lutut.

Ramai yang tak tahu apa kepentingan kaunseling kerjaya pada mereka. aku akan cerita one by one
itu pun kalau aku larat

PUSAT MAKLUMAT:
cikgu kaunseling korang akan jadi tempat rujukan maklumat bagi korang sebab dorang dah dapat detect 
korang nya minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. maksudnya di sini bukanlah cikgu kaunselor korang tu ahli nujum ke atau ada magician yang melampau. tapi itu lah kenyataan yg tertulis ttg bakat luar biasa yg dimiliki kaunselor.

TOLONG SELESAIKAN MASALAH PEMILIHAN KERJAYA:
Bab ni mmg ramai yg bermaslah tetapi masih tak nak di bantu dan masih tak mengaku yang mereka bermasalah dalam nak pilih kerjaya. ni bukan selalu berlaku dekat budak sekolah je. malah orang tua dan sederhana tua pun kadang terjebak juga. normal babe. jangan malu jangan segan. terus je jumpa kaunselor anda.  sebab salah satu tugas kaunselor adalah menolong.
mulia tugas kami kan?

Jadi jangan ragu-ragu dengan perkhidmatan yang di berikan oleh seorang kaunselor. memang mereka tak jadi doktor atau peguam. dan korang memang rasa kaunselor tu insan biasa atau dialog seperti ini akan keluar dari mulut korang "boleh percaya ke cakap dia ni" 
tapi sedarlah dan jangan terus tidur.
jika mereka pi jadi peguam atau doktor ...siapa lak yang nak tunaikan tanggungjawab untuk tugas jadi kaunselor pula dan membantu isu kerjaya yang ada dalam masyarakat kita.

fikir-fikirkan.

masalahnya

perlu sedar atau terus tidur.

kalau SEDAR terus move on dan berlari ke bilik kaunselor korang dan minta pendapat

kalau TERUS TIDUR jangan pulak terlajak sampai subuh gajah weh!
dan baru nak menyesal.

okay
wassalam

-iss-

Friday, 20 March 2015

Super Hero Moden



Post kali ni kita nak cerita pasal terbang.
Kepada adik-adik yang masa kecil dulu duk main patung superman...yang layan cerita superhero yang suka terbang ni. korang pasti ada yang tanam kan impian yang suatu hari nak terbang juga.
Walaupun hanya 10 percent je perasaan itu muncul, menjelma, dan hilang tanpa korang sedari dan muncul semula.

 [gambar sekadar hiasan]

lepas tu korang berdialog dengan parents korang yang korang cakap
 "Abah bila besar nanti saya nak terbang tinggi"
walaupun pada saat itu wajah ayah hampa macam percaya tak percaya je
biar betul anak aku ni...
pengaruh TV kuat sangat ni.
Namun itu boleh menjadi platform buat korang untuk timbulkan minat walaupun perkara itu kecil

DAN

YAKINLAH!!
walaupun macam tak masuk akal mungkin impian tu boleh di realisasikan dengan cara yang betul.

 Aku panggil terbang cara moden
Ini lagi nampak SUPER daripada superman yang kita lihat di kaca televisyen.

 [gambar di perolehi atas belas ehsan google]

 Jadi kerjaya apa yang akan membawa korang terbang?

JURUTERBANG

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.

memang mereka Superhero yang paling di kehendaki

jadi mari kita kenali ciri-ciri yang di perlukan untuk menjadi seorang Pilot

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. (Penting!!)+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
 (korang mesti jatuh cinta dengan subjek2 ni dulu)
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.

+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik .
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.

Yakin, yang korang ada ciri-ciri ni?
Kalau Yakin boleh pilih bidang ini.
Kalau tak Yakin
masih ada lagi bidang kerjaya lain yang menjadi pilihan
Akan di kongsikan pada next entry. 

Kerjaya











Kaunseling Kerjaya & Kepentingannya

Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud semua aktiviti yang dijalankan oleh kaunselor yang terlatih di pelbagai peringkat dengan tujuan menyedia dan menggerakkan perkembangan kerjaya seseorang dalam hidupnya. Aktiviti yang terlibat adalah seperti membantu perancangan kerjaya, penyediaan diri, pengambilan keputusan dan juga penyesuaian diri.
Krumboltz dan Sheppard (1969) telah mengesyorkan agar kaedah tertentu dimasukkan dalam penerangan-penerangan vokasional dan dalam bentuk yang formal sebagai rancangan bimbingan dan kaunseling. Hal ini didasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka yang mendapati wujudnya keberkesanan kaunseling tingkah laku dalam beberapa bidang pengambilan keputusan, penerokaan vokasional dan pemilihan pekerjaan. 
Herr dan Cramer (1968) menyatakan, 'besar kemungkinan kejayaan yang dicapai melalui kursus, hubungan dengan peluang mendapatkan pekerjaan kerja dan faktor-faktor pekerjaan itu sendiri, merupakan perkara penting dalam menyediakan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh klien/pelajar-pelajar.
Drever (1964) pula menyatakan bahawa proses perkembangan kerjaya amat perlu bagi pelajar, terutama sekali dalam mempengaruhi sikap dan pengertian mereka kepada bidang kerja serta pengertian para ibu bapa mengenai pekerjaan mengikut kehendak anak-anak mereka tanpa mengikut pengamatan dan kemahuan mereka pula.
Apabila mempelajari kursus ini, kami mendapati kaunseling kerjaya bukans sahaja setakat membantu seseornag dengan keterangan-keterangan mengenai pekerjaan semata-mata, tetapi juga menyedarkan seseorang dengan persiapan dan persediaan bagi menghadapi pekerjaan.
Di dalam kaunseling kerjaya, seseorang itu dibimbing dengan meyakini dirinya sendiri, sehingga dapat membuat pilihan yang tepat dan berkesan tentang kerjayanya.

Kerjaya di Bank


Anda berminat untuk menyertai sektor perbankan? Dapatkan maklumat jawatan kosong terbaru bank - bank di Malaysia pada pautan yang berkaitan.

1. Malayan Banking Berhad (Maybank)



2. CIMB Bank


3. Public Bank
4. Hong Leong Bank