Salam dan selamat sejahtera
wah! today is monday. jangan bermalas-malas mulakan hari anda.
bangun la walaupun mulut korang sedang menguap sakan secute baby ni.
[ehsan dari google]
like this cute baby, dia memang tak sedar yang parents dia ada kat sebelah atau tak.
yang dia tahu "Mom, I just want to sleep".
TAPI
Korang yang baca entry ni lain.
Korang sebenarnya sedar tentang kaunseling kerjaya dekat sekolah-sekolah anda
tapi kadang buat tak tahu, atau sengaja tak ambil tahu atau lebih dahsyat lagi
"Oitt...aku tak tahu pun sekolah aku ni ada khidmat kaunseling kerjaya"
kalau makhluk-makhluk sebegini wujud.
mohon korang gi ambil senduk mak korang
kasi cepuk dia punya kepala lutut.
Ramai yang tak tahu apa kepentingan kaunseling kerjaya pada mereka. aku akan cerita one by one
PUSAT MAKLUMAT:
cikgu kaunseling korang akan jadi tempat rujukan maklumat bagi korang sebab dorang dah dapat detect
korang nya minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. maksudnya di sini bukanlah cikgu kaunselor korang tu ahli nujum ke atau ada magician yang melampau. tapi itu lah kenyataan yg tertulis ttg bakat luar biasa yg dimiliki kaunselor.
TOLONG SELESAIKAN MASALAH PEMILIHAN KERJAYA:
Bab ni mmg ramai yg bermaslah tetapi masih tak nak di bantu dan masih tak mengaku yang mereka bermasalah dalam nak pilih kerjaya. ni bukan selalu berlaku dekat budak sekolah je. malah orang tua dan sederhana tua pun kadang terjebak juga. normal babe. jangan malu jangan segan. terus je jumpa kaunselor anda. sebab salah satu tugas kaunselor adalah menolong.
mulia tugas kami kan?
Jadi jangan ragu-ragu dengan perkhidmatan yang di berikan oleh seorang kaunselor. memang mereka tak jadi doktor atau peguam. dan korang memang rasa kaunselor tu insan biasa atau dialog seperti ini akan keluar dari mulut korang "boleh percaya ke cakap dia ni"
tapi sedarlah dan jangan terus tidur.
jika mereka pi jadi peguam atau doktor ...siapa lak yang nak tunaikan tanggungjawab untuk tugas jadi kaunselor pula dan membantu isu kerjaya yang ada dalam masyarakat kita.
fikir-fikirkan.
masalahnya
perlu sedar atau terus tidur.
kalau SEDAR terus move on dan berlari ke bilik kaunselor korang dan minta pendapat
kalau TERUS TIDUR jangan pulak terlajak sampai subuh gajah weh!
dan baru nak menyesal.
okay
wassalam
-iss-
Saya menyesal tak jumpa kaunselor time sekolah dulu. then sekarang macam tak ada hala tuju dalam kerjaya. sering betukar-tukar kerjaya. :'(
ReplyDeleteJangan kecewa. kaunselor kerjaya akan membantu. mungkin anda belum berjumpa dengan kerjaya yang benar-benar sesuai. inventori kerjaya akan membantu anda mengenal personaliti diri dalam memilih kerjaya
ReplyDeletemudah je. sekarang zaman teknologi. sudah tersedia perkhidmatan e-kaunseling untuk membantu klien.
ReplyDelete