Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud semua aktiviti yang
dijalankan oleh kaunselor yang terlatih di pelbagai peringkat dengan
tujuan menyedia dan menggerakkan perkembangan kerjaya seseorang dalam
hidupnya. Aktiviti yang terlibat adalah seperti membantu perancangan
kerjaya, penyediaan diri, pengambilan keputusan dan juga penyesuaian
diri.
Krumboltz dan Sheppard (1969) telah mengesyorkan agar kaedah tertentu
dimasukkan dalam penerangan-penerangan vokasional dan dalam bentuk yang
formal sebagai rancangan bimbingan dan kaunseling. Hal ini didasarkan
kepada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka yang mendapati
wujudnya keberkesanan kaunseling tingkah laku dalam beberapa bidang
pengambilan keputusan, penerokaan vokasional dan pemilihan pekerjaan.
Herr dan Cramer (1968) menyatakan, 'besar kemungkinan kejayaan yang
dicapai melalui kursus, hubungan dengan peluang mendapatkan pekerjaan
kerja dan faktor-faktor pekerjaan itu sendiri, merupakan perkara penting
dalam menyediakan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh
klien/pelajar-pelajar.
Drever (1964) pula menyatakan bahawa proses perkembangan kerjaya amat
perlu bagi pelajar, terutama sekali dalam mempengaruhi sikap dan
pengertian mereka kepada bidang kerja serta pengertian para ibu bapa
mengenai pekerjaan mengikut kehendak anak-anak mereka tanpa mengikut
pengamatan dan kemahuan mereka pula.
Apabila mempelajari kursus ini, kami mendapati kaunseling kerjaya bukans
sahaja setakat membantu seseornag dengan keterangan-keterangan mengenai
pekerjaan semata-mata, tetapi juga menyedarkan seseorang dengan
persiapan dan persediaan bagi menghadapi pekerjaan.
Di dalam kaunseling kerjaya, seseorang itu dibimbing dengan meyakini
dirinya sendiri, sehingga dapat membuat pilihan yang tepat dan berkesan
tentang kerjayanya.
0 comments:
Post a Comment