1. INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) merupakan inventori yang digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori ini mempunyai format jawapan skala likert iaitu :
i) Sangat Suka (ss)
ii) Suka (s)
iii) Tidak Pasti (tp)
iv) Tidak Suka (ts)
v ) Sangat Tidak Suka (sts)
Gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu.
2. INVENTORI MINAT KERJAYA (VPI)
Inventori Minat Kerjaya VPI dapat mengenalpasti minat individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran ini terdiri daripada RIASEC iaitu :
i) Realistik
ii) Investigatif
iii) Artistik
iv) Sosial
v) Enterprising
vi) Conventional
Alat ujian VPI ini sesuai digunakan untuk golongan dewasa dalam mengkaji minat mereka dalam sesuatu pekerjaan
3. UJIAN MINAT KERJAYA ROTHWELL MILLER
Alat Ukuran BMRM atau borang minat kerjaya Rothwell Miller ini dibentuk oleh Miller untuk mengkaji minat seseorang individu tentang bidang pekerjaan. inventori ini terdiri daripada 2 borang yang berlainan iaitu spesifik untuk :
i) Lelaki
ii) Wanita
Cuba anda jawab dan lihatlah analisis markah anda. Adakah ianya sama dengan bidang kerjaya anda sekarang? Selamat mencuba! :)
4. UJIAN MINAT KERJAYA
Sukar membuat pilihan masa hadapan?
Ketahui Minat Kerjaya anda.
5. UJIAN PERSONALITI DAN KERJAYA
Tidak tahu apakah kerjaya yang sepadan dengan personaliti anda?
ujian personaliti ini akan membantu mengetahui kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda
oleh itu, mari mulakan ujian personaliti dan kerjaya
0 comments:
Post a Comment