Assalamualaikum w.b.t...
Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di blog Cakna Kerjaya ini. Untuk pengetahuan anda semua, blog Cakna Kerjaya di bangunkan adalah untuk keperluan kursus KKC 6013 iaitu subjek Kaunseling Kerjaya bagi pelajar sarjana semester 2, 2015
Blog ini ditadbir oleh 3 orang pelajar Sarjana Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain dari itu, blog ini dibangunkan adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar-pelajar mahupun belia di luar sana yang sedang mencari panduan tentang kerjaya mereka di masa depan.
Blog ini mengandungi beberapa bahan yang mungkin dapat membantu anda semua untuk memilih kerjaya masing-masing. Antaranya, blog ini mengandungi inventori @ soal selidik kerjaya yang mana, selepas anda menjawab soal selidik tersebut anda akan mengetahui kerjaya mana yang paling bersesuaian dengan diri anda. Selain itu, blog ini juga mengandungi tips kerjaya serta info-info kerjaya yang terkini. Kami juga akan membantu anda dengan meletakkan pautan kepada universiti -universiti awam dan swasta, pautan kepada pihak penaja pengajian untuk anda melanjutkan pelajaran serta pautan kepada agensi-agensi pekerjaan yang terdapat di Malaysia.
Harapan kami, semoga blog ini, dapat membantu anda semua untuk memilih karier yang tepat yang bersesuaian dengan jiwa dan minat anda.
Jika anda mempunyai apa-apa persoalan berkaitan kerjaya, anda boleh tinggalkan persoalan anda di ruang SEMBANG KERJAYA. InsyaAllah.. kami akan membantu menjawab semua pertanyaan yang anda ajukan.
Sekian, Terima Kasih =)
0 comments:
Post a Comment