Setiap orang punya kerjaya impian masing-masing bukan?
Pernah tak anda semua berangan-angan tentang apakah kerjaya yang akan anda lakukan kelak?
adakah anda sudah mula merancang masa depan anda?
Dalam dunia yang cukup mecabar pada masa kini, fikiran kita haruslah lebih kedepan dalam merancang tentang masa depan. Jika anda masih seorang pelajar, masih banyak lagi peluang dan masa yang anda boleh ambil untuk merancang kerjaya anda di masa depan, namun sekiranya anda seorang belia dewasa dan masih mencari kerjaya yang sesuai, peluang juga masih terbuka luas untuk anda memilih kerjaya yang benar-benar bertepatan dengan diri anda.
Jika anda tidak merancang masa depan dan kerjaya anda mulai sekarang, berkemungkinan di masa depan anda tidak akan tahu kemana hala tuju anda sebenarnya. Perancangan boleh dimulakan bermula ketika anda masih kecil, di sekolah rendah, sekolah menengah, seterusnya di peringkat universiti dan akhirnya memasuki dunia kerjaya impian anda.
Sebagai panduan, saya senaraikan 8 langkah yang boleh anda ikuti untuk anda mula mengejar kerjaya impian anda! Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda untuk mencapai cita-cita anda!
Langkah 1 :
PASANG CITA-CITA KERJAYA IMPIAN ANDA
Langkah 2 :
MULA MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN KERJAYA PILIHAN
Langkah 3 :
MEMILIH BIDANG YANG DIINGINI SESUAI DENGAN MINAT
&
DI TEMPAT YANG TEPAT
Langkah 4 :
CARI SUMBER PENAJAAN KEWANGAN SEPANJANG PENGAJIAN
Langkah 5 :
BERGERAK AKTIF DALAM PROGRAM-PROGRAM KAMPUS
Langkah 6 :
MULA MENCIPTA HUBUNGAN DENGAN AGENSI TERPILIH MELALUI MEDIUM PRAKTIKUM
Langkah 7 :
BIJAK MENCARI & MENCIPTA PELUANG KERJAYA
Langkah 8 :
MENGEMBANGKAN NILAI KERJAYA DAN RASAILAH NILAI KEPUASAN
jom pasang cita-cita dan kejar kerjaya impian anda bermula dari sekarang! :)
0 comments:
Post a Comment